Tuesday, September 6, 2016

Hello?

6th of September 
I just remembered that I really had a blog. Ohmygod. 
Graduated from a private college with A-Level qualifications, had my heart broken, love and been loved, friends with people I've never met before, went to festivals, wore costumes (cosplay). Been there done that.

So now what is going on? 

I am in constant dilemma and uncertainties. What have I done in two years? I've wasted every single opportunity I had and now I can't go anywhere. I thought everything is going to be okay but it is not. Now this self is regretting every single words she had said, every single move she had done and every single thing she had in mind. This time she had it.

Life is not easy

One can only have it if she really works for it. Felt that I don't deserve better and this is pure luck. I believe that karma is eating me away because of things I've done before. I am not writing this to bring people down but the thing is be righteous. Don't miss any chances in life cause they won't be coming back.

Regret. It is normal.
Rise up. Is the best.

Sunday, May 17, 2015

Belajar?

Sebenarnya dah lama blog ni terbengkalai dek kerana aku sibuk bertwitter. Banyak kisah yang ingin dikongsi tapi setelah difikir, "adeh, takde privacy langsung". Oleh itu, aku pilih topik topik yang agak mundane untuk dibebelkan.

Aku kira sebulan yang lepas aku keluar makan - makan dengan kawan aku dua orang ni. Naik teksi fuhh RM25 melayang macam tu je. Dalam perjalanan ni, nak dijadikan cerita, pakcik teksi ni memang peramah orangnya cerita lah pasal benda biasa, cuaca, nak ke mana, buat apa. Selesai topik topik yang membosankan tu, tiba tiba termasuk pulak topik ekonomi negara. Kami bertiga dah suspen. "Alamak ai", masing masing terfikir benda yang sama. 

"Malaysia ni kaya. Tak perlu kerja pun tak apa" itu first statement dia. Aduh aku fikir pakcik ni gila ke apa? Kami ni fikir "ei pakcik ni orang tua, so takkan la nak bangkang habisan, nanti kena kick dari teksi ni tengah jalan susah la pulak". Lepas tu mula lah, penceritaan pakcik ni, Al kisahnya masa dia dok bercerita dengan kawan kawan ngeteh dia kat warung, dia ada dengar orang kampung ni susah, dengan GST lagi, harga getah turun lagi. So dia rasa terbeban lah dengan omelan kawan kawan dia ni. Katanya revenue Malaysia ni banyak, harta kebajikan yang diberi tak cukup untuk orang yang menerimanya lebih lebih lagi apabila disonglap oleh orang tengah. Ya aku tak nafikan banyak korupsi kat Malaysia ni. Tapi sebagai rakyat, kita ada tanggungjawab dalam membangunkan negara ni. Bukan sahaja melalui kisah kisah di kedai kopi, tapi semua kena ada untuk contribute sesuatu. Negara kita ni ibarat sebuah rumah besar yang sedang dibina. Dibina oleh? Batu bata. Batu bata ni ibarat rakyat (kita semua ni la) dan yang mencantumkan kita semua ialah simen yang melambangkan kesefahaman dan perpaduan. Rumours serta fitnah yang sedang berleluasa ni ibarat orang yang mensabotaj dan memecahkan batu bata menjadikan batu bata tu terpaksa diganti, tetapi bukannya mudah untuk membeli batu bata yang baru, kena tunggu lama sebab yang membuat batu bata itu sendiri perlukan masa dan bahan untuk membuat batu bata yang elok. Pembuat batu bata itu tak lain dan tak bukan ialah pendidikan. Pembina rumah besar ini ialah pemimpin negara sendiri. Jikalau pemimpin saling bertelagah, rumah tidak akan terbentuk dengan sempurna. Arkitek bagi design rumah ini ialah perlembagaan dan undang undang. Apabila pembina rumah tidak mengikut design arkitek, macam mana nak tubuhkan rumah yang cantik seperti mana yang dilukis di atas blueprint tu? 

Di sini aku nak tekankan bahawa tidak semua orang dapat pendidikan yang sempurna, sebab itu, gaya dan cara pemikiran setiap orang berbeza beza. Setelah 4 tahun aku bersosial di laman Twitter, aku mendapat berbagai bagai respon tentang sesebuah isu. Isu - isu yang tidak perlu disebarkan semakin berleluasa, bagaikan masyarakat kita sendiri tidak mampu berfikir dengan rasional. Punca? Mungkin semua makin taksub dengan berita hangat daripada berita yang penting. Ada pula yang semakin bijak menimba ilmu tetapi kosong tentang apa yang berlaku di sekeliling.

Mungkin tajuk rencana ini tidak sehaluan dengan apa yang dikatakan. Tetapi haruslah diingat, kita belajar bukan hanya ke peringkat Universiti dan seterusnya mendapat pekerjaan dan mati. Bukan itu sahaja. Tujuan kewujudan kita sendiri akan dilukiskan oleh minda dan sikap. Mungkin sekarang, kita masih muda dan bertenaga bersuara tetapi, kerana percaturan kepimpinan tidak membenarkan, kita terus beralah. Kadang kadang rasa macam tahi ayam juga kan? Ye lah, hangat pada awalnya sahaja tetapi sejuk kemudian hari. Lebih baik daripada sejuk memanjang. Ambil tahu dan cari, apa sebenarnya yang berlaku di sekeliling kita. Mungkin jawapan tu sampai mati pun tak akan diraih, tetapi, kita boleh belajar. Belajar? Ya belajar untuk lihat daripada semua sudut. 

p/s: mungkin analogi aku terlalu kompleks atau membosankan tapi pada aku, semua boleh faham sendiri kan?